Untuk paparan yang terbaik dan mengelakkan data anda tidak disimpan dengan baik, sila gunakan pelayar (browser) Mozilla Firefox

 
    ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1
KE ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA (ASBF) SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017
     
   

1.




2.


3.



1.


2.



1.

2.

3.



4.




1.

2.



SYARAT UTAMA

Memperolehi keputusan UPSR 2016 sekurang-kurangnya gred minima 2A 4B dengan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Berstatus anak / cucu Peneroka atau anak kakitangan kumpulan FELDA.

Mempunyai pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan.

SYARAT TAMBAHAN

Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.

Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan tatatertib.

SYARAT TAMBAHAN UNTUK PROGRAM TAHFIZ DI ASSBK

Boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Cenderung dan berminat kepada hafazan Al-Quran.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf dengannya.

Ibu/Bapa/Penjaga perlulah menghadiri sesi Ujian Bertulis semasa hari temuduga dijalankan.

KELAYAKAN MAKSIMUM

Mendapat markah yang tinggi dalam temuduga.

Borang permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses.