ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA JOHOR BAHRU     
     
   
    PENGURUS ASRAMA:
ZAIDAH BINTI OSMAN

ALAMAT:
ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA JOHOR BAHRU
LOT 12760 JALAN TASEK UTARA
80100 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM

NO TELEFON / FAX:
07-2239981 / 07-2214216 (FAX)

 
  Asrama Semai Bakti FELDA Joho Bahru (ASBFJB) ditubuhkan pada tahun 1983 dan kini beralamat di Lot 12760, Jalan Tasek Utara, 80100 Johor Bahru, Johor. Bermula dengan jumlah pelajar seramai 63 orang semasa awal penubuhannya, kini jumlah pelajar di ASBFJB telah meningkat kepada 176 orang pelajar. Pelajar-pelajar ini ditempatkan di beberapa buah sekolah kluster di sekitar Johor Bahru:

      a) Maktab Sultan Abu Bakar
      b) SMK Sultan Ismail
      c) SMK Tasek Utara 1
      d) SMK (P) Sultan Ibrahim
      e) SMK Sulatanah Engku Tun Aminah
      f) SMK Mohd Khalid

Sama seperti ASBFKL dan ASSBK, ASBFJB ini diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama dengan dibantu oleh seorang Penolong Pengurus Asrama. Selain daripada penyediaan bas untuk pengangkutan pelajar, Asrama Semai Bakti FELDA juga menyediakan guru-guru tuisyen yang berpengalaman untuk mengajar dalam subjek-subjek berkaitan. Jadual pembelajaran pelajar akan dipenuhi dengan kelas tuisyen dan pemulihan, bengkel subjek, kursus motivasi serta kegiatan ko-kurikulum yang ada disediakan oleh pihak pengurusan asrama.
 
     
     
   Kemudahan Asrama