ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA KUALA LUMPUR    
     
   
    PENGURUS ASRAMA:
SITI KHADIJAH BINTI AROFF

ALAMAT:
ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA KUALA LUMPUR
JALAN AU 2C,
AMPANG ULU KLANG,
54200 KUALA LUMPUR.

NO TELEFON / FAX:
03-42527822 / 03-42514021 (FAX)

 
  Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL) adalah asrama FELDA yang pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1975. Permulaan kemasukan dengan jumlah pelajar seramai 51 orang, ASBFKL ditubuhkan bertujuan utama untuk memberi peluang kepada nak Peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di Rancangan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih terjamin dan berterusan serta berdaya maju dalam bidang akademik untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di Bandar.

ASBFKL kini terletak di Jalan AU 2C, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama. Sehingga kini, tawaran penempatan pelajar di ketiga-tiga buah Asrama Semai Bakti FELDA telah dibuka kepada anak/cucu Peneroka dan anak kakitangan kumpulan FELDA. Pada tahun 2015, jumlah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di ASBFKL yang direkodkan ialah seramai 204 orang. Pelajar-pelajar ini bersekolah di tujuh (7) buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur iaitu:

      a) SMK St. John
      b) SMK Convent Bukit Nanas
      c) SMK Aminuddin Baki
      d) SMK Seri Bintang Utara
      e) SMKSeri Bintang Selatan
      f) SMK (P) Bandaraya
      g) SMK Seri Ampang

ASBFKL menyediakan beberapa bas dan van untuk pengangkutan semua pelajar ke sekolah masing2. Sekolah-sekolah ini adalah sekolah harian biasa dan pelajar mesti mengikuti jadual waktu persekolahan, peperiksaan dan aktiviti sepertimana yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Manakala, selepas waktu persekolahan, pelajar adalah tertakluk kepada peraturan asrama.
 
     
     
   Kemudahan Asrama