ASRAMA SRI SEMAI BAKTI FELDA KUANTAN    
     
   
    PENGURUS ASRAMA:
PUAN HASYIRA NADIAA BINTI YUGANI

ALAMAT:
ASRAMA SRI SEMAI BAKTI FELDA KUANTAN
JALAN HAJI ABU BAKAR,
25050 KUANTAN,
PAHANG

NO TELEFON / FAX:
09-5147755 / 09-5148532 (FAX)

Selepas kejayaan menubuhkan ASBFKL, FELDA telah menubuhkan Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang pada tahun 1978 yang kemudiannya telah ditukar kepada Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan (ASSBFK). ASSBFK beralamat di Jalan Haji Abu Bakar, 25050 Kuantan, Pahang dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama dengan dibantu oleh seorang Penolong Pengurus Asrama.

Pembangunan ASSBFK diteruskan dengan visi dan misi yang sama iaitu visi menjadikan Asrama Semai Bakti FELDA sebagai salah satu pusat pembelajaran yang melahirkan generasi FELDA yang berpendidikan, setanding dengan masyarakat luar. Manakala, misi Asrama Semai Bakti FELDA ialah berusaha melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum dan berhemah tinggi serta memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui permuafakatan dan usaha gigih di kalangan petugas dan warga asrama.

Pada tahun 2018, jumlah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di ASSBFK yang dilaporkan ialah seramai 202 orang. Pelajar-pelajar ini ditempatkan di beberapa buah sekolah kluster di sekitar Kuantan:

     a) SMK Abdul Rahman Talib
     b) SMK Sultan Abu Bakar
     c) SMK Alor Akar
     d) SMK Tok Sera

Sepertimana ASBFKL, ASSBK juga menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran serta aktiviti luar kelas kepada pelajar-pelajarnya. Bas juga disediakan untuk pengangkutan pelajar pergi dan balik daripada sekolah.
 
     
     
   Kemudahan Asrama